Indeks kebebasan akhbar sedunia Wartawan Tanpa Sempadan

Kedudukan kebebasan akhbar 2007

RWB menyusun dan menerbit kedudukan tahunan negara-negara berasaskan penilaian rekod kebebasan akhbar oleh pertubuhan ini. Negara-negara kecil seperti Malta dan Andorra tidak tercatat dalam laporan ini. Senarai tahun 2007 diterbit pada 16 Oktober 2007.

Laporan ini berdasarkan soal selidik yang dikirim kepada pertubuhan sekutu Wartawan Tanpa Sempadan (14 kumpulan kebebasan bersuara di lima buah benua) dan 130 korespondennya di seluruh dunia, serta kepada wartawan, penyelidik, pakar undang-undang dan aktivis hak asasi manusia.[2]

Pemantauan ini mengemukakan soalan mengenai serangan langsung terhadap wartawan dan media serta punca-punca tidak langsung tekanan terhadap kebebasan akhbar. RWB dengan telitinya mengingatkan bahawa index ini hanya berkenaan dengan kebebasan akhbar, bukannya mengukur mutu kewartawanan. Oleh sebab sifat kaedah pantauan yang berasaskan pemandangan individu, selalu ada jurang besar dalam kedudukan negara dari tahun ke setahun. Penyusunan kedudukan ini juga menyatakan bahawa tekanan terhadap wartawan oleh golongan bukan kerajaan juga diambil kira, contohnya kumpulan pengganas Basque ETA di Sepanyol atau kongsi gelap di Rusia, boleh mendatangkan ancaman serius terhadap kebebasan akhbar.

Makin tinggi indeks sesebuah negara, makin banyak kekangan terhadap kebebasan akhbar di negara itu.

Rujukan

WikiPedia: Wartawan Tanpa Sempadan http://www.worldpoliticsreview.com/article.aspx?id... http://www.monde-diplomatique.fr/2002/08/LEMOINE/1... http://www.rfointernational.net/article245.html http://web.archive.org/web/20021028181014/http://w... http://web.archive.org/web/20031118022654/http://w... http://web.archive.org/web/20041121090652/http://w... http://web.archive.org/web/20051225130310/http://w... http://web.archive.org/web/20061102024143/http://w... http://web.archive.org/web/20061122084937/http://w... http://web.archive.org/web/20071017110631/http://w...